PMX MELAWAT HADI DAN ISU ISU SEMASA PN
PEMBANGKANG TERUS CETUSKAN DAKYAH
Semua dan segala apa perbuatan yang dibuat atau usahakan oleh Perdana Menteri yang mengutamakan utamakan kebajikan rakyat terus dipolitikan.
Usaha PMX datang melawat DS Hadi di Institut Jantung Negara pun juga di politikkan yang kononnya Hadi itu dan ini lah. Tak perlu lah nak ceritakan balik disini kerana rakyat semua sudah muak dengan sentimen jahat yang dimainkan oleh pembangkang
PMX bukan macam PM terdahulu yang pentingkan diri sendiri dan kroni kroni mereka. Kita memang berdiri teguh bersama PMX. PMX seorang pemimpin yang sentiasa fikirkan kebajikan rakyat dan sentiasa berusaha untuk membangunkan ekonomi negara ini. Pembangkang lancarkan macam macam pergerakan dan langkan gila bermimpi siang nak tumbangkan kerajaan Madani.
Kalau nak kira dendam Memang PMX tak patut pun turun melawat Hadi. Terlalu banyak perkataan yang menghina PMX.Tapi atas rasa keprihatinan rakan politik walaupun berlainan fahaman politik, turun saja masjid PMX datang melawat. Hadi yang dirawat di IJN, pun disalah tafsiran oleh walaun. Mana mau cari.pemimpin begini?.
Contoh nya, ketika banjir baru baru ni PMX turun ke Kelantan dan bukan turun melenggang kangkong!!. Berapa juta ringgit Kelantan dapat bantu banjir dan bayaran RM1000 dibayar kepada mangsa banjir. Bayangkan dinegeri pembangkang PMX sanggup turun bertemu rakyat walau pun majoriti rakyat Kelantan menolak kerajaan PERPADUAN yang telah di terjemahkan didalam PRU15 baru baru ini.
Ada juga yang kedengaran kenapa PMX tak datang melawat Terengganu sedangkan jiran?
Jawapan selamba kami jawab; dah diberi 32-0 dan 8-0 buat apa nak datang dah orang tak suka, buat apa lagi kan kata dah kaya boleh beli kenderaan baru untuk kegunaan MB dan Exco Exco mereka. Kelantan tak lah kosong, dapat juga 2 kerusi dah cukup pengubat untuk Pengerusi MPN KEADILAN Kelantan YBM Nik Nazmi Nik Ahmad dan hadiah teristimewa kepada Perdana Menteri PMX.
Berbalik pasal Kelantan tadi, Menteri Besar Kelantan dengan muka tak malu nya yang ayat maki hamun apa yang tak bagi kepada PMX sebelum ini kononnya hormat kepada PMX dengan tangannya kebawah ketika bersama PMX sebagai menghormati atas lawatan PMX ke Kelantan. Wah, kalau tengok video MB Kelantan ini bahasanya AMAT kotor terhadap PMX.
Kedua, kini berita terbaru dimana
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah bermula semalam (6 Januari 2024), Baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan mengadap sehingga 31 Januari.
Kita tunggu komen walaun jika berani menyanggah titah DYMM Sultan Johor. Kami menyokong titah Baginda DYMM Sultan Johor.
Baginda Tuanku Sultan, bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama YAB Menteri Besar Johor serta Kerajaan Negeri.
Titah Baginda,
“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.
Dalam tempoh berkenaan, Baginda DYMM ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar.
Apa yang kita tahu Baginda DYMM Sultan Johor AMAT menyokong dimana Baginda mohon dan saranan PMX untuk teruskan pentadbiran kerajaan PERPADUAN ini.
Satu lagi kes hangat yang melanda negara, ada waja berita sensasi timbul. Ini sebenarnya menunjukkan KEBESARAN Allah SWT membuka perlakuan pemimpin yang melakukan salahlaku. Terbaru,
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Che Haron ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM6 juta.
Apa hal dengan kerajaan Isle Kedah ni. Cakap berdegar degar pasal Isle tapi nama telah naik di SPRM bersama beberapa individu lain. Kita tunggu siasatan.
Banyaknya isu yang melibatkan PN terutamanya PAS. Apa hal yang menceroboh kediaman MB Selangor ni. APA tujuan dan apa motif. Dan ini ajaran Isle ke?. Nak tengok pemimpin PN pergi bela mereka di mahkamah nanti.
Sebelum ini disyakki kes pecah tabung di salah sebuah masjid di Bachok Kelantan. Ini melibatkan yang difahamkan mangsa adalah ahli yang memegang jàwatan didalam PAS di Kelantan. PAS lagi!!
Lagi cerita pasal PAS, Dalam pada itu, tanggal 18 Januari nanti lensa kamera wartawan akan sibuk di kompleks mahkamah untuk liputan perbicaraan MB Kedah yang mudah dikenali sebagai pencetus ayat KEPALA BAPAK HANG. Ini isu yang menarik moga undang undang akan di adili sebaiknya.
Selain it juga, minggu lalu
Muhammad Sanusi mengesahkan wujud rancangan oleh PN untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan yang didakwanya menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Penjelasan itu dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya PN merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkenaan ketika gerakan dinamakan Langkah Dubai dan kemudian Langkah Chow Kit yang dikaitkan dengan usaha mengambil alih Putrajaya, kecoh diperkatakan.
Apa yang kami nampak pembangkang ini tak sudah sudah dan tak habis habis dengan rasa tak puashati dengan kerajaan PERPADUAN yang saban hari, saban minggu, saban bulan dan kini sudah masuk tahun baru 2024, pembangkang terus meneruskan dengan pelancaran usaha jahat untuk menumbangkan kerajaan yang telah direstui oleh YDPA. Sanusi ini kami menyifatkan kenyataan beliau yang cuba mengganggu gugat kerajaan dan dianggp tidak bertanggungjawab dan hanya melihat kepentingan politik, bukannya kepentingan ekonomi negara am nya.
Di Terengganu ini salah Satu isu yang agak serius adalah soal rasis terutamanya 3. Mereka kononnya lebih islamik dan menolak cina yang kononnya cina adalah DAP.
Habis sekutunya yang berbangsa cina itu halal bagi mereka. Tak Kan mereka lupa sejarah tentang sekutu mereka. Jangan lah terlalu ekstrim selagi kita bergantung kepada ekonomi, kita harus faham siapa yang pegang kuasa ekonomi negara. Cuba lihat kiri kanan depan belakang kedai siapa?.
Rakyat yang pro kepada Kerajaan mengharapkan akan ada Langkah Sungai Buluh atau Langkah Kajang sebagai pengakhiran politik mereka.
Rakyat yang menyokong PN ini masih tak sedar sedar kah akan permainan penimpin PN dan apa yang mereka dapat sewaktu mereka berkuasa 22 bulan dengan hutang berbillion yang dilihamkan oleh penyakau penyakau mereka. Kita didedahkan dengan isu sitaan bangunan Ilham, Menara Kuala Lumpur hasil daripada tangan tangan penuh dosa tetapi kamu penyokong PN tetap mempertahankan nafsu serakah kroni kroni kamu yang berselindung dangan TAKBIR yang pemimpin kamu itu maksum. Tunggu 18hb Jan di Alor Setar apa perkembangan seterusnya apa yang kami nyatakan diatas.
Bagi kami, kamu menang di empat buah negeri, ibaratkan menang sorak kampung tergadai. Tetapi itu mereka tidak kisah asalkan mereka memerintah. Kamu cakap kamu buat ini adalah melalui demokrasi, PH sewaktu pembangkang tak pernah lakukan ini semua seperti mana yang kamu lakukan hari ini, kami lakukan melalui Pilihanraya dan kalau kamu betol betol mahu tukar kerajaan, gunalah saluran PRU16. Tetapi itu adalah omongan kosong, mimpi mat jenin kerana berbaki 4 tahun lagi kerajaan PERPADUAN makin kuat dan kukuh bilamana satu per satu isu rasuah muncul dan diharapkan dapat diadili dan penyakau beserta kroni mereka dapat dibuktikan bersalah dan dihukum.
Kalau tak kerana PAKATAN HARAPAN dan kecekapan PMX hasil kerjasama kerajaan PERPADUAN tak tahu lah apa nak jadi kepada Malaysia dan Rakyat Malaysia dan Anak bangsa hari ini. Hilang RM700 juta kamu lagi sokong, Hilang berbillion kamu masih bertakbir dengan nama Allah.
Kini usaha membenteras rasuah giat digerakkan oleh agensi berwajib termasuk SPRM. Tahniah SPRM
Panggilan Ulamak pun sesenang itu boleh digunakan. Siapa yang mengiktirafkan seseorang itu ulamak?. Ramai lagi ilmuan yang mempunyai kelulusan tertinggi seperti PHD, Doktor Falsasah di Mesir, Jordan dan lain lain mereka pun segan untuk digelar atau dipanggil dengan gelaran ulamak.
Sudah sampai masanya satu kajian menentukan status ularmak harus diteliti. Bukan pandai sendiri dan hanya penyokong yang 'melantik' seseorang itu maka timbul lah 'title' ulamak. Kami percaya banyak kriteria yang diambil kira dan sudah pun ada dalam untuk SOP Jabatan berwajib. menentukannya.
#MPNTerengganu
#peneranganmpnterengganu
Comments
Post a Comment