BANTUAN DARI NGO KBST MPN DAN PH TERENGGANU BANJIR. DI DUNGUN

Banjir pada awal tahun 2024 yang melanda beberapa kampung di kawasan Hulu Dungun, di sini disifatkan lebih buruk berbanding banjir besar yang melanda pada 2014.
Antara kampung terjejas di kawasan itu melibatkan Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Jongok Batu dan Kampung Belimbing dan beberapa Kampung lain disekitar Hulu Dungun ini.
Sementata itu, antara PPS yang masih dibuka di Dungun adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Masjid Jamek Kampung Jongok Batu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai, PPS Kuala Jengai.
Banjir besar yang berlaku pada Khamis lalu menyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.

Dalam pada itu Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu (MPN) telah turun padang dengan membuat tinjauan dan menghantar barangan keperluan kepada mangsa mangsa banjir yang difahamkan lebih dashyat daripada banjir tahun 2014.
Bendahari MPN Dato' Dr.Mohd Johari bin Mohamad telah menghantar barangan keperluan dengan lori dari Kuala Lumpur ke Dungun dan beliau telah melawat dan menyampaikan barangan keperluan, bantuan segera seperti roti canai sebanyak 500 biji serta Nasi minyak tersebut kepada petugas petugas Pasukan Pertahanan Awam dan juga  kepada mangsa di Pusat pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Kampung Rantau Panjang, Kampung Kuala Jengai, Kampung Shukur dan beberapa Kampung disekitar Kampung bersebelahan.
Konvoi penghantaran barangan tersebut di sertai  12 kenderaan dengan meredah Lumpur dan Jalan yang agak rosak dengan memuatkan ratusan bungkusan dan di ketuai oleh bekas Calon PRU15 DUN Sura, En Othman Omar atau pun lebih dikenali dengan Cikgu OBO, Timbalan Pengerusi Parti AMANAH Negeri Terengganu, Setiausaha PH Negeri Terengganu yang juga Ketua Kawasan Parti AMANAH Dungun, Tuan Hj Zulkifili Ali, En Hasuni Sudin Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Terengganu dan beberapa AJK Cabang / Kawasan KEADILAN / AMANAH Dungun.

Berikut adalah jadual perjalanan daripada PAKATAN HARAPAN yang mengharungi banjir di Hulu Dungun semalam.

Pergerakan Misi membantu mangsa banjir di Hulu Dungun.

9.30 pagi
Bergerak dari Dungun ke Kg Rantau Panjang_

10.45 - 11.00 pagi
Bersiap untuk ke PPS Rantau Panjang & Kg Surau, Kuala Jengal.

1.30 Tengahari
Bergerak dari Rantau Panjang ke Kg Shukor

Di Kg Shukor pasukan PH telah melawat Sekolah Kebangsaan Kampung Shukur dan  bergerak ke rumah rumah mangsa banjir untuk agihan sumbangan.

Mengikut rekod, seramai 226 orang mangsa daripada 61 keluarga di Kampung Shukor telah berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara(PPS), manakala 199 orang mangsa daripada 69 keluarga dari Kampung Pasir Raja pada kelmarin.

Keadaan Kampung Jongok Batu dan Kampung Rantau Panjang air telah memasuki kawasan mereka, dan sudah ada beberapa keluarga yang berpindah ke PPS.

Semasa di Kampung Shukur Dato' Dr. Mohd Johari bin Mohamad yang juga Pengerusi dan Penasihat NGO
Kelab Budiman Sejahtera Terengganu (KBST) telah melawat Sekolah Kebangsaan Kg Shukur bersama Cikgu OBO dan Tn Haji Zulkifli Ali yang disambut oleh beberapa pegawai dari pengurusan sekolah dan masyarakat Kampung Shukur .
"Memeranjatkan dan amat dahsyat sekali ujian banjir kali ini dan saya akan laporkan kepada Pengerusi MPN Terengganu YBM Nik Nazmi Nik Ahmad sekembalinya saya ke Kuala Lumpur petang nanti' ujar bekas calon Parlimen Dungun pada Nov 2022 ketika ditanya oleh Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu.

Selain itu sekolah yang telah  ditenggelami dan termusnah akibat banjir kali ini.

MPN berpendapat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sudah mempunyai plan tersendiri bagi mengatasi proses pembelajaran sekolah yang akan naik tak berapa lama lagi.
Kami di MPN mengharapkan tindakan YBM Pendidikan YB Fadzliana  Sidek  dengan membuat lawatan dan tinjauan ke sekolah yang hampir lumpuh berdasarkan keadaan yang mengalami kerosakan secara 'total' sekolah iaitu didalam Bilik darjah, bilik guru, peralatan sekolah seperti komputer, buku buku musnah kesemuanya. Apatah lagi dengan lumpur yang penuh diseluruh kawasan sekolah apatah lagi Lumpur yang dalam bangunan sekolah yang dipercayai semakin mengeras ketika  cuasa yang semakin panas.

Saya juga telah menghubungi pejabat Pengarah Pendidikan Negeri tetapi difahamkan oleh pegawai kepada Pebgarah, yang beliau di PPD Dungun pagi ini dan gal dihubungi.

MPN juga mengharapkan kerajaan Negeri dapat membantu serta menyediakan rumah yang baru dan selamat kepada mangsa mangsa banjir serta bantuan kepada mana mana rumah yang rosak termasuk kelengkapan rumah. Untuk mendapatkan rumah sewa bukannya senang lagi pun rumah rumah dikawasan ini bukannya banyak rumah dan kita sarankan Kos sewa ditanggung oleh Kerajaan Negeri tak kira dikawasan mana pun yang ditenggelami banjir.

Pasukan PH telah menamatkan lawatan dan tinjauan di Hulu Terengganu Kira Kira jam 6 petang.

MPN amat berterima kasih kepada semua mereka yang terlibat KEADILAN DAN AMANAH dalam lawatan ini.

#MPNTerengganu
#penerangankeadilanterengganu

Comments

Popular posts from this blog

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024