PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024
Bertempat di Raia Hotel & Convention Hotel Kuala Nerus Terengganu, Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Terengganu begitu bertuah bilamana menerima kunjungan Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Malaysia dan mempengerusikan Mesyuarat MPN Terengganu.
Ini adalah julung julung kalinya Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat MPN dalam rangka lawatan YAB Perdana Menteri dalam Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Terengganu yang jatuhnya hari terakhir Syawal yang dihadiri kira kira 15000 rakyat Terengganu yang datang dari seluruh daerah Terengganu.
Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat secara tertutup dalam keadaan harmoni.Mesyuarat juga melibatkan Sayap WANITA dan Angkatan Muda KEADILAN.
Agenda berkisar bagi memperkuatkan jentera parti dinegeri Terengganu. Masing masing Ahli Jawatankusa MPN berpeluang melontarkan beberapa perkara yang melibatkan MPN Terengganu.
Pengerusi MPN YBM Nik Nazmi Nik Ahmad tidak dapat hadir bersama kerana beliau berada berada diluar negera atas urusan rasmi negara
Comments
Post a Comment