MAJLIS PELUPUSAN KERTAS UNDI DAN DOKUMEN PILIHAN RAYA PRU15 DAN PRK15 PARLIMEN P040 PARLIMEN KEMAMAN


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini telah melupuskan dokumen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil Parlimen P.040 Kemaman (PRK.040 Kemaman). Pelupusan yang dibuat pada hari ini berikutan selepas tiada perkara berbangkit dan tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh mana-mana parti politik yang bertanding pada PRU-15 dan PRK. 040 Kemaman yang lalu. Proses pelupusan dokumen tersebut melibatkan kertas undi, buku daftar pemilih serta lain-lain dokumen sulit.

Turut hadir, YH. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, YBhg. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Pengurus Pilihan Raya P. 040 Kemaman merangkap Pegawai Daerah Kemaman, YBhg. Dato’ Puteh Hidayah binti A.Rahman, Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Analisis Data, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, YBrs. Abang  Irzaruddin bin Abang Alias, Timbalan Setiausaha (Operasi), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, YDh. SAC Wan Rukman bin Wan Hasan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, YDh. Supt. Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Puan Hanum binti Isa @ Ghazali, Penolong Pegawai Pengurus (Pengurusan) P. 040 Kemaman merangkap Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Ameerul Hakeem bin Mohd Hairon, Penolong Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu, dan wakil-wakil parti politik: bekas calon PRU15 bagi kerusi Parlimen P040 Kemaman En Hasuni bin Sudin turut hadir ke

Majlis tersebut yang mewakili Parti Pakatan Harapan.

10 Januari 2024 | Rabu
28 Jamadilakhir 1445H

#MPNTerengganu
#peneranganmpnterengganu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024

BANTUAN DARI NGO KBST MPN DAN PH TERENGGANU BANJIR. DI DUNGUN