Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini telah melupuskan dokumen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil Parlimen P.040 Kemaman (PRK.040 Kemaman). Pelupusan yang dibuat pada hari ini berikutan selepas tiada perkara berbangkit dan tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh mana-mana parti politik yang bertanding pada PRU-15 dan PRK. 040 Kemaman yang lalu. Proses pelupusan dokumen tersebut melibatkan kertas undi, buku daftar pemilih serta lain-lain dokumen sulit. Turut hadir, YH. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, YBhg. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Pengurus Pilihan Raya P. 040 Kemaman merangkap Pegawai Daerah Kemaman, YBhg. Dato’ Puteh Hidayah binti A.Rahman, Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Analisis Data, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, YBrs. Abang Irzaruddin bin Abang Alias, Timbalan Setiausaha (Operasi), Suruhanjaya Pilihan