YBM NIK NAZMI AKAN SAMAN CHEGU. BARD ISU FITNAH JAHAT MELAMPAU
Kebiadapan cikgu bard sudah melampau lampau. Terkini beliau dengan lantang menuduh dan membuat fitnah liar serta berniat jahat terhadap YBM Nik Nazmi Nik Ahmad dengan isu tebatan banjir.
Kami di dalam barisan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu AMAT menyokong tindakan yang akan diambil oleh YBM.
Ini bukan kali pertama dan kedua beliau membuat provokasi yang melampau terhadap pucuk pimpinan negara termasuk PMX.
Kami merasakan kerajaan sudah cukup cukup lah untuk berlembut kepada pengkhianat negara dengan menimbulkan pelbagai ancaman yang memungkinkan membawa kepada perpecahan dalam masyarakat serta rakyat di Malaysia.
Kami mengharapkan KDN melalui YBM nya dan YBM Komunikasi, YBM Digital bertindak lah terhadap pelampau yang hari hari nenabur fitnah dan yang teruknya membuatkan rakyat mudah percaya akan dakyah pengkhianat negara ini terutama walaun walauntit.
Selagi tiada sebarang tindakan bakal diambil terhadap beliau, mereka akan naik tocang dan terus terusan memukul canang dan meniup api kebencian serta kemarahan terutama dinegeri Negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.
Kami sentiasa dibelakang YBM Nik Nazmi Nik Ahmad dan berdiri teguh agar pelampau ini akan diseret kemuka pengadilan secepat yang mungkin.
Kepada 3 YBM Menteri, KDN, KOMUNIKASI, DIGITAL Rakyat yang menyokong Kerajaan PERPADUAN, kami sudah muak dengan fitnah jahat ini.
LAWAN TETAP LAWAN
LAWAN SAMPAI MENANG
#MPNTerengganu
#Peneranganmpntérengganu
#Musnahkanpelampau
Comments
Post a Comment