SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024

Mungkin kita tak lupa dikala Kita menyambut Y2K pada tahun 2000. Bermakna sudah hampir suku abad Kita sudah berasa ditahun Y2K era 2000an. Kini Tahun 2023 akan melabuhkan tirai pada malam ini.

Tentu kita ada sejarah tersendiri dalam menjalani suka duka setelah kita berjaya menubuhkan Kerajaan PERPADUAN bilamana gabungan PAKATAN HARAPAN dengan sekutunya menerima cadangan DYMM Agong.

Esok dan bermula tengah malam ini, jam 00:00 maka bermula lah episod 2024 dimana masuk tahun kedua pemerintahan KERAJAAN PERPADUAN di negara kita. Juga bermaksud masuk lah tahun kedua usia YBM Nik Nazmi Nik Ahmad menerajui pucuk pimpinan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu sebagai Pengerusi MPN. Semoga lebih cemerlang dan ada berita gembira kami di MPN 

Dalam ucapan didalam FB YBM, beliau 
berharap semoga tahun 2024 ini membawa kegembiraan kepada semua dan seluruh rakyat Malaysia terus teguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini.

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam hidup kita. Mari kita hadapi setiap cabaran dengan keberanian dan sentiasa positif.

Kami setiap dibawah pucuk pimpinan YBM @ Pengerusi MPN.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024.

#MPNTerengganu
#peneranganmpnterengganu

Comments

Popular posts from this blog

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024

BANTUAN DARI NGO KBST MPN DAN PH TERENGGANU BANJIR. DI DUNGUN