RAMAI KAKITANGAN AWAM ADALAH PEMBANGKANG
Menerusi keputusan PRK Kemaman keputusan pengundi awal dan pengundi Pos adalah berpihak kepada pembangkang.
Pungutan 65k dengan majoriti 37k melebihi 11k adalah salah satu faktor yang medorong undian datangnya dari pembangkang.
Saya juga tidak menolak petugas petugas SPR juga datangnya dan dipercayai daripada mereka yang tidak menyokong kerajaan hari ini yang diterjemahkan melalui undi awal.
Pola pengundi di Terengganu adalah berkisar kepada isu putar belit fakta seperti menjanjikan PMXI akan mengambil alih jika mereka menangi sesuatu Pilihanraya. Kepada pengundi muda yang terlalu mentah dalam politik begitu juga kepada pengundi agak tua di saluran 1. Yang mereka nak tukar kerajaan sedangkan majoriti Kerajaan PERPADUAN telah berdiri teguh.
Ini belum lagi dengan 5 orang MP telah menyatakan kesediaannya mereka me tolong PMX. INI belum termasuk beberapa orang lagi akan menyertai Kerajaan Perpaduan dalam minggu yang terkenal ini.
Orang tua atau pengundi veteran tak tau fikir bagaimana kuasa PM itu dibentuk begitu juga kepada mentah yang hanya Baru melepasi 18 tahun.
Mereka langsung tidak menghargai jasa PMX telah lakukan, kemana PMX pergi diorang cakap pergi Makan angin begitu juga dalam isu Palestin. mereka remeh dan perkecilkan isu yang dibangkitkan oleh PMX.
Isu kenaikan barangan pengundi telah pun dapat dirungkaikan tetapi mereka terus menerus menanam sikap kebencian terhadap kepimpinan PMX dan barisan kabinet.
Hari hari dimainkan isu DAP, umdap,
Wahai walaun, selagi kamu nak dapat dapatkan sebatang paku kamu pergi mengetuk hardware cina, jangan cakap soal nak beli simen satu kampit, jangan mainkan isu DAP lah. Soal ekonomi, kamu semua masih bergantung harap kepada kedai cina. Tengok hari ini contohnya ada berapa kedai melayu yang menjalankn perniagaan supermarket di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan seluruh daerah di Terengganu. Kamu tidak tahu tawkey nya parti apa. Kamu lah melayu isle yang membanjiri PREMIS mereka.
Yang kamu tau DAP.. DAP. DAP.....Tak ada barang pergi cari kedai cina.
Ini belum lagi CNY.....berbaris melayu dapatkan bekalan dan musim perayaan Hari Raya Puasa, Ramadhan lagi lah.
Ini lah pembohongan pucuk pimpinan PAS dengan mengelirukan. Lihat saja Hadi berkempen di Tanjong Piai, Hadi mengajak penyokong PAS menyokong calon BN.BN kawan kite. apa terjadi pada hari ini, itu lah kata kata Hadi memutarkan fakta demi merah undi. Ulamak ke ini?
Jauh panggang dari api Bila buka mulut pendahulunya Bismillah......di tengah dan di hujungnya kata nista yang di laungkan dan ditakbirkan oleh walaunnya.
Tiketnya senang saja, mesti menang dan PM bertukar. Isu ini dipercayai dimainkan sewaktu kempen rumah kerumah, kempen disaat akhir. Sesenang itu diperbodohkan Oleh pemimpin PAS atas nama Isle yang mereka lah lebih islamik.
Kempen undi PAS masuk syurga adalah antara lain yang menyumbang kepada pungutan undi yang berlebihan.
Kini Kita nampak pada sesetengah ceramah kutipan derma kembali muncul dengan 'plastik gelenya' . Masih tak cukup ke duit yang dipunyai PAS?
Bagi saya kemenangan mereka bagaikan menang sorak kampung tergadai,apa yang rakyat dapat dengan tiada peluang pekerjaan. Yg ada mereke eksport tenaga kerja ke Selangor dan ini lah dikatakan kejayaan PAS kepada anak anak Terengganu.
Fatwa Hadi di Banggol Peradong dulu masih menghantui pengundi PAS di Pantai Timur termasuk di PRK Kemaman kelmaren. Fatwa mereka tak laku di Pantai Barat apa tah lagi Sabah dan Sarawak.
Fatwa bermusim oleh Hadi telah membawa undi kepada PAS boleh masuk syurga. Hari ini lain, esok lain, lusa lain asal menepati hasrat politik mereka. Tun M yang dituduh MAHAFIRAUN suatu masa dulu Kini dijilat kembali. Kunci syurga ada dengan pemimpin mereka. PAS bukan parti agama. Islam adalah agama. PAS hanya sebuah parti.
Kepada Kementerian berkenaan, saperti JPM, masih ramai tenaga pengajar, gitu atau peringkat atasan JPM dianggotai oleh penyokong² PAS. Tidak hanya fokus kepada JPM sahaja malah ianya berlaku kepada beberapa jabatan jabatan lain juga.
Kerajaan dibawah JPM mesti melihat isu ini secara serius, termasuk mengambil tindakan pegawai, guru disemua jabatan ke lokasi lain agar ianya tidak menjadi barah kepada Kerajaan Hari ini.
Begitu juga kerja kerja kontrak kerajaan diserahkan kepada penyokong penyokong PN. Kerajaan di maki tapi kontrak kerajaan berbaris mencari. Tindakan adalah perlu agar kami didalam Kerajaan Perpaduan di MPN tidak bernafas dalam debu.
Sudah sudah lah Melayu Isle cukup lah duduk dalam kepompong sendiri.
LAWANG TETAP LAWANG.
LAWANG SAMPAI MENANG.
Comments
Post a Comment