PERDANA MENTERI TURUN KE KELANTAN MENINJAU. BANJIR YANG SEMAKIN BURUK
Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Menurutnya bantuan itu akan disalurkan terus sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.
“Bagi mangsa-mangsa yang di PPS dan kawasan-kawasan lain itu setakat yang kita luluskan peruntukan awal melalui Nadma RM50 juta.
“Itu terus kepada penduduk dan keluarga yang terlibat RM1,000 setiap keluarga.
“Ada yang bertanya dulu ada tambahan, ya ada tambahan setelah dikenal pasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan,” katanya pada sidang media di Pasir Mas, hari ini.
Terdahulu Anwar hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, bagi melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementera (PPS) itu.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Pengerusi Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu dan Kelantan
Sementara itu Anwar turut memaklumkan supaya kerajaan menyegerakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok fasa 2 bagi menangani masalah banjir terutama di Rantau Panjang.
Justeru pihaknya meminta agar kerajaan negeri mempercepatkan proses pengambilan tanah.
“Projek PLSB Sungai Golok mengikut perancangan mengambil masa beberapa tahun, namun kita akan menyegerakan projek berkenaan secepat mungkin dan dijangka fasa dua akan dimulakan bulan depan.
“Kita terpaksa mengambil langkah segera untuk fasa dua bagi mengurangkan tekanan banjir terutama di Rantau Panjang yang berdepan banjir sehingga empat kali setahun,” katanya.
“Projek PLSB Sungai Golok belum selesai. Perlu faham fasa pertama membabitkan tebing dan selamatkan kawasan sebelah kanan. Sebab itu kita mahu menyegerakan fasa dua supaya boleh selamatkan Rantau Panjang,” ujarnya.
#MPNTerengganu
#peneranganmpnterengganu
Comments
Post a Comment