LARANGAN SYARIKAT PERKAPALAN DI ISRAIL, ZIM BERLABUH DI MANA MANA PELABUHAN DI MALAYSIA.

Pelbagai pihak menyambut baik serta memuji ketegasan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melarang dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia.

”Sebagai warga Terengganu, saya menyokong penuh langkah kerajaan mengharamkan sebarang kapal yang ada kaitan dengan Israel daripada melakukan sebarang perdagangan di negara kita,” tegasnya yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu.

Tahniah kepada SUN MPN Terengganu,  kerana telah membuat kenyataan ini dengan menyokong kenyataan keras dan berani daripada PMX.

Suara SUN.MPN ini adalah suara MPN Terengganu dalam isu antarabangsa dan sebagai sokongan padu  kepada pemerintahan YAB Perdana Menteri.


Terdahulu media melaporkan kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan kabinet lalu dan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Beliau berkata, kedua-dua sekatan itu berkuat kuasa serta-merta.

TAHNIAH PMX.

#MPNTerengganu

#Peneranganmpnterengganu

Comments

Popular posts from this blog

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024

BANTUAN DARI NGO KBST MPN DAN PH TERENGGANU BANJIR. DI DUNGUN