GAMBAR PMX TIADA DIDALAM SESETENGAH PEJABAT KERAJAAN?.
Saya meletakkan dan memohon Pejabat Penerangan Negeri JPEN bertanggungjawab akan perkara ini. Bukan PMX dibentuk semalam dah sudah setahun lebih pemerintahan Kerajaan PERPADUAN. Ini sejak bila ianya ditinggalkan kosong begini. Bermacam tohmahan bila dilihat foto diatas, adalah kerana fahaman perbezaan politik ke, FOTO tak sampai ke Pejabat berkenaan ke? Ini amat mustahil dan tak diterima akal.
Mungkin berlaku ketidakcekapan dari sesetengah Jabatan mungkin salah satu penyebab kenapa pengagihan gambar PMX tidak sampai kepada seluruh Jabatan diseluruh Terengganu atau masih tidak terpasang.
Dalam konteks ini, saya mohon mencadangkan supaya Jabatan Penerangan Negeri JPEN, melalui Jabatan Penerangan Daerah harus dipertanggungjawabkan dan diberi kuasa dalam memastikan semua gambar PMX terpasang disemua Pejabat kerajaan mahupun Negeri.
Kita sebagai Government of the Day dan kita tidak mahu ketidakseragaman pelaksanaan pemasangan gambar diantara Jabatan masih berlaku. Kita juga tidak mahu persepsi berbeza antara kerajaan Pusat dan Negeri dan Kerajaan Negeri harus menghormati pucuk pimpinan Pusat.
Comments
Post a Comment