ISU KEWARGANEGARAAN: MPN TERENGGANU BAWA KE KDN, PUTRAJAYA

Naib Pengerusi MPN KEADILAN Terengganu En Othman bin Omar (Cikgu OBO) telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Setpol Menteri Dalam Negeri Tuan Haji Johari B Kassim di Putrajaya untuk  merungkai permasalahan berkaitan  Warganegara dan warga tanpa dokumen.

Hari ini tiga (3) kes dipanjangkan
ke pengetahuan Setpol KDN di Putrajaya. 

Ini termasuk:

1. Kes kanak² perempuan berusia 11 tahun Dari Tembila, Besut tiada Sijil lahir. Ayah kanak² ini adalah Warganegara sementara ibunya warga Thailand. Kegagalan mendaftar Kelahiran kanak² ini berpunca dari ketiadaan Sijil perkahwinan dan buku Merah rawatan kehamilan.

2. Remaja perempuan berusaha 24 tahun tiada  pengenalan diri. Tiada Sijil lahir dan tiada Kad Pengenalan. Ibu bapa remaja ini tidak dapat dikesan. Usaha sedang dilakukan untuk memungkinkan remaja ini memiliki Kad Pengenalan Hijau (Individu yang belum ditentukan Warganegara). Remaja ini menetap bersama keluarga angkat di Kuala Jengai, Hulu Dungun.

3. Remaja lelaki berumur 16 tahun Warganegara tanpa Sijil lahir dan memiliki Kad Pengenalan Thailand. Ayah remaja ini adalah Warganegara sementara ibunya warga Thailand. Remaja ini lahir di Thailand. 

Ketiga² adik-beradik remaja ini sudahpun mendapat taraf warga negara yang diusahakan Oleh PKR Cabang Dungun.

Turut hadir bersama Cikgu OBO di pejabat Setpol KDN di Presint 1, Putrajaya  ialah Bendahari MPN KEADILAN  Terengganu Dato' Dr. Mohd Johari Mohamad.

Tahniah kepada Cikgu OBO kerana telah mengetengahkan isu ini ke peringkat KDN.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Ramahmesra bersama SETPOL YBM FAHMI FADZIL

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024

SELAMAT BERTUGAS BAPAK BAPAK MENTERI KERAJAAN PERPADUAN