ANALISA KEPUTUSAN PRK P040 KEMAMAN

Salam Perjuangan dan  Salam Madani

Pilihanraya Kecil PRK P040 Kemaman telah pun melabuhkan tirai nya semalam dan menoktahkan suatu keputusan diluar jangkaan.
Sebagai salah seorang bekas calon KEADILAN yang bertanding didalam PRU15 November 2022 saya agak terkejut dengan keputusan tersebut 

Undian KEADILAN yang diraih 8340 diharapkan menjadikan. 46000 ++ bilamana jika dicampurkan dengan undi 38+++ yang dipungut oleh calon BN pada masa itu YB Ahmad Said  boleh menjadikan calon BN Kerajaan Perpaduan dengan harapan dapat mengutip undi sebanyak 46k atau pun 50k agar bernafas lega hasil dengan sokongan pucuk pimpinan yang hadir, menteri menteri termasuk PMX datang dua hari sebelum Pilihanraya berlangsung.

Bila pengumuman PRK kelmarin  teori 8k + 38k  tak menjadi malah lari jauh dengan ketinggalan 18k daripada keputusan PRN15 Nov lalu.

Penelitian yang telah dibuat terdapat bahawa kekalahan besar PHBN di PRK Kemaman dan kemenangan bagi PN melebihi 37 ribu majoriti perlu kepada posmortem atau kaji selidik yang lebih terperinci dan komprehensif.

Diatas kertas ya, cantik tersusun. Contoh di Kg Tengah atau di Sek Rendah Cina bagaimana dengan pengundi cina?.

Kemana undian kaum cina yang ada 7000++ pengundi kaum cina dan sekurang kurang 300++ kaum India.

1. Pengundi Melayu masih lagi tidak lagi  berminat dan tertawan dengan cara kempen yang dilakukan oleh PHBN.

Walaupun kita lihat PMX turun saat- saat akhir Kempen pilihanraya menjanjikan itu dan ini ditolak oleh pengundi dari 4 Dun Kemaman. Pengundi Kemaman memang menolak pembangunan seperti pembangunan industri yang cuba dibawa oleh PMX. Anak Anak muda yang ketiadaan pekerjaan yang tetap yang boleh mengharapkan pembangunan industri ditolak oleh mereka kononnya mereka memilih isle dari segala yang ditawarkan.

2. Pasukan Strategik  sepatut nya diimport daripada team Pelangai dan Pulai yang mereka baru Saja menjalani PRK dikawasan DUN dan Parlimen mereka.

Cara berkempen pun mendapat komen daripada pembantu yang saya temui dari luar Terengganu Cara kempen pastinya berbeza dan bukan di barong atau pun di homestay atau dikedai kedai kopi. Mereka cakap tak tersusun.

Jentera harus menukar cara berkempen.

Kena bawa cytro dari semua negeri dan berkampong di Kemaman atau di lapangan.

Kita pun nak bergerak tak dapat bergerak laju dengan tidak dilantik sebagai AJK PRK sudah tentu tiada sumber kewangan dan tiada homestay yang disediakan sebagai persediaan.

Dengan erti kata lain, kempen
yang dilakukan tidak menyeluruh dan Media Massa kerajaan tidak memainkan peranan sebaik mungkin dalam menyampaikan Dasar Malaysia Madani. 

 3. Penjawat Awam yang telah dijanjikan bonus awal sebanyak RM2000 sama ada diPersekutuan atau Negeri mereka ini 90% menyokong PN yang mana pihak Kerajaan di bawah PMX tidak mampu mengawal dan tidak mengambil sebarang tindakan kepada mereka yang terang² menyerang kerajaan.
Undi awal dan pos tidak memihak kepada Kerajaan. Mereka lebih cenderung kepada Isle kononnya.

Mereka juga  tidak  mendokong visi dan misi kerajaan Madani dengan konsep tidak MADANI tidak di pedulikan mereka.

Mereka. langsung tidak pandang usaha yang dibawa oleh PMX.

Dalam lawatan PMX dua hari sebelum PRK, PMX telah turun ke Pejabat PETRONAS, menemui ahli masyarakat di TATI, merasmikan projek perumahan di Felda Seberang Tayor dan PMX  melengkapkan lawatan beliau di Geliga. Ribuan orang yang datang keempat Majlis tersebut dengan kehadiran Menteri Menteri tetapi akhirnya mereka sebagai pelengkap kehadiran sahaja. Kalau Bahasa Terengganu mereka "jueh" saja segala usaha Kita. Mereka langsung tak tau Nak berterima kasih.

Elok lah di bekukan segala peruntukan yang dikhaskan melalui DUN, Bukannya berbentuk hukuman tetapi menerusi tatakelola yang diluluskan agar setiap perbelanjaan mesti melalui prosedur yang munasabah.

Dalam kempen saya melalui tiktok, saya menyarankan setelah Kita hilang 32 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen, Saya menasihati pengundi² di Kemaman agar berikan lah satu kerusi ini P040 diberikan kpd PH agar selari dengan kerajaan Pusat tetapi ianya tak menjadi. Pada saya, saya ibaratkan PRK Kemaman hanya menang sorak kampung tergadai. Hari ini menang TAPI esok lusa nya tak tahu nak buat apa. Apatah lagi untuk 4 tahun lagi.

Seperkara lagi hari ni kita lihat hari ni berapa ramai Penjawat Awam yang menyerang dasar kerajaan tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib atau Ketua Jabatan walaupun pekeliling JPA jelas telah menerangkan maksud berkenaan. 
Berapa ramai Penjawat Awam yang diambil tindakan terutama pada Guru² dalam Perkhidmatan Awam yang terang menyerang Kerajaan sedia ada.
Tukar je mereka ke kawasan lain. Sesetengah Ketua Jabatan pun orang PN.

Beberapa langkah yang perlu diambil tindakan segera oleh Kerajaan Madani sekiranya ingin melihat ianya terus kukuh dan bertahan.

1. Saya amat bersetuju supaya peruntukan kepada YB pembangkang atau  DUN  yang di menangi oleh calon PN. Saluran hendaklah diberikan kepada Penyelaras Lantikan PH Kawasan tersebut.
Penyelaras Pembangunan Parlimen wajib di tubuhkan segera sebagai tenaga penggerak di Parlimen Bagi persiapan PRU16.

2. Banyak yang bermuka muka. Ada dikalangan pegawai PPD orang PN tapi masih dukuk menempel dikerusi empuk yang di kerusi Oleh Kerajaan Perpaduan-PH. Didepan menyokong MADANI tapi dibelakang haram duk bantai Kerajaan MADANI. HIPOKRIT.

3. Wujudkan semula kumpulan Media Massa swasta yang dibayar gaji serta peluang kerjaya bagi anak² muda untuk melawan semula tohmahan yang dilakukan dalam Media Massa atau Ketua Penerangan Cabang, Ketua Wanita Cabang serta Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (KPAMKC) mempunyai barisan tiktokers yang bersepadu dibayar elaun aktiviti mereka bersandarkan  aktiviti mereka.

4. Ambil semula bekas² Calon PRU PH menyertai GLC atau badan berkanun yang telah lama disisih atau ditinggalkan sebagai punch kuasa kerana mereka masih mempunyai nilai kebolehan bedasarkan pengalaman. Susun strategik menawan semula kawasan² PDM mahu pun diranting² yang kalah serta berikan peruntukan supaya mereka boleh bergerak.

Sekadar pandangan selepas meniliti keputusan PRK Kemaman.

Kepada mereka merasakan yang anda tidak diperlukan lagi Sila berundur secara terhormat. Cermin menunjukkan wajah anda yang sebenar dan cermin tidak HIPOKRIT. Yang HIPOKRIT adalah diri Anda 

Penduduk Kemaman, kalau kamu selesa dengan pilihan kamu, ayuh la bersama parti kamu.

LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024

BANTUAN DARI NGO KBST MPN DAN PH TERENGGANU BANJIR. DI DUNGUN