Program Saringan Kesihatan & Rawatan Mata: Kg Mak Chili Chukai*

Program Saringan Kesihatan & Rawatan Mata:  Kg Mak Chili Chukai*
Program ini anjuran Kelab Budiman Sejahtera Terengganu (KBST) bersama pasukan  ParaMedik (Jururawat dan Pegawai Perubatan) dari Pusat Kesihatan Chukai, Kemaman. Turut serta dalam menjayakan  program tersebut  adalah beberapa wakil Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu, Cabang & Wanita Negeri.
Seramai 98 warga setempat telah menjalani ujian saringan kesihatan dan rawatan kepakaran mata oleh Dato' Dr. Mohd Johari (Pakar Klinikal & Bedah Mata) daripada Pusat Pakar Mata Bangi.

Beberapa pesakit yang mengalami gejala penyakit darah tinggi dan kencing manis pada tahap yang tinggi (tanpa ubatan optimum) juga mengalami rabun mata,  katarak (selaput kanta) & Glaukoma yang kronik telahpun menerima rawatan segera dan dirujuk ke Hospital Kemaman. Pesakit remaja dan kanak-kanak kecil juga telah menjalani ujian kesihatan mata bagi mengelakkan rabun mata pada peringkat awal telahpun berjaya dilaksanakan dalam program tersebut.

Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Terima kasih KBST 

Comments

Popular posts from this blog

PRESIDEN BERTEMU DAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU PADA 9 MAY 2024

BANTUAN DARI NGO KBST MPN DAN PH TERENGGANU BANJIR. DI DUNGUN