ALAHAI ALOHA PULAU LANG TENGAH BERLAKU DIBAWAH KERAJAAN PAS
Pengurusan sebuah resort terkenal akan dipanggil kerajaan negeri Terengganu untuk memberi penjelasan berhubung penganjuran Pesta Aloha di Pulau Lang Tengah, Setiu pada kelmarin.
Begitu lah rata rata tajuk berita di medsos dan media cetak keatas apa yang berlaku penganjuran Pesta Aloha di Setiu Terengganu.
Soalannya apakah tidak ada pemantauan daripada jabatan kerajaan Islam, mereka yang terhampir mengenai ada Pesta Aloha di Pulau Lang Tengah seperti membawa peralatan muzik lengkap melalui boat dari jeti bekenaan atau mereka bawa dengan lori atau helikopter terus ke Pulau Lang Tengah.
MPN memandang serius perkara ini kerana ianya tidak selari dengan laungan Islam yang dibawa.
Kita sama sama menunggu laporan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, menyiasat kenapa perkara ini berlaku.
Kalau lah ianya berlaku dinegeri PH memerintah maka bertebaran lah fitnah yang dilemparkan oleh walaun serta pemimpin pemimpin mereka.
Akhbar rasmi mereka pastikan dimuka depan akan terpampang yang burukmya pemerintahan kerajaan tetapi hari ni Allah tunjukkan perangai sebenarnya ianya berlaku didalam kerajaan 32-0 mereka memerintah. itu la kebanggan kerajaan Isle mereka.
Semestinya ini berhubung penganjuran pesta tersebut akan turut melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu juga Majlis Tempatan dan Jabatan lain yang terlibat.
Terdahulu, penganjuran pesta Aloha itu tular di laman media berikutan aktiviti serta acara tarian dijalankan dikatakan tidak sejajar dengan konsep agama di negeri terbabit.
Bagi pengunjung yang terlibat sama termasuk yang Islam kita mahu kerajaan Terengganu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Memalukan dengan negerI pemerintahan PAS melaungkan ajaran Islam tetapi perkara dan Pesta Aloha, Pesta liar mencemari dinegeri PAS.
Pesta pantai itu mendapat kecaman netizen berikutan dakwaan kebanyakan pesertanya yang dikatakan dalam kalangan bukan Islam memakai pakaian menjolok mata.
Soalannya tak kita samaada Islam atau yang bukan pokok nya menari terkinja kinja lelaki dan perempuan dibawah cahaya dan mendapat kecaman masyarakat dari seluruh negara berlaku pulak dinegeri yang kononnya negeri ulamak.
Kalau nak program sebesar itu sudah pasti peralatan dan sistem bunyi yang optimum dibawa masuk ke Chalet Pulau Lang Tengah.Dalam kita melaungkan Kerajaan MADANI tetiba ianya di cemari dengan insiden tidak bermoral ini.
Kita tidak tahu yang Pesta ini telah mendapat permit daripada Polis DiRaja Malaysia atau tidak termasuk dari dari Majlis Daerah terbabit. Kita juga tunggu Exco Agama, mahu pun Menteri Besar perlu membuat kenyataan dan berhadapan dengan kuasa tertinggi Agama Islam negeri Terengganu.
MPN melalui Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Terengganu menyatakan perasaan AMAT kesal dengan apa yang berlaku di Pulau tarikan pelancong tetapi dibawa masuk dengan perlakuan tidak sopan dan mencemarkan nama Terengganu.
Comments
Post a Comment